Pengiklanan adalah mendapat barangan yang mereka perlukan dan dikehendaki.

Pengiklanan
adalah bermaksud menarik perhatian kepada sesuatu atau memberitahu atau
memaklumkan seseorang tentang sesuatu (Dyer, 1982). Iklan diadakan dengan
bertujuan untuk memperkenalkan atau menjual sesuatu produk mereka kepada
pengguna. Pengiklanan memainkan peranan penting terhadap penjual dan pembeli.
Pengiklanan penting bagi penjual untuk memperkenalkan produk mereka untuk
melariskan jualan mereka. Tanpa pengiklanan, hasil jualan tidak mampu untuk melambung
serta sukar mendapat sambutan. Begitu juga dengan pembeli, adalah penting untuk
mereka mengetahui syarikat atau penjual yang boleh memberi keperluan seharian
atau kehendak mereka. Melalui iklan ini, penjual dan pembeli dapat berkongsi
kebaikan. Kebaikan yang akan diperoleh oleh penjual adalah perniagaan semakin
maju disebabkan wujudnya pengiklanan mengenai produk yang dijual. Manakala
kebaikan yang diperoleh oleh pembeli adalah mendapat barangan yang mereka
perlukan dan dikehendaki. Namun demikian, pembeli haruslah bijak dalam membuat
keputusan serta tidak mudah terpedaya oleh pengiklanan produk masa kini. Hal
ini kerana terdapat sesetengah iklan mempunyai unsur kebodohan, tidak tepat,
mengelirukan atau hanya menjengkelkan (Dyer, 1982).

Pengiklanan
mampu meningkatkan kesedaran pengguna. Tidak kira betapa hebatnya produk atau
perkhidmatan sesebuah syarikat atau penjual, jika pengguna tidak mengetahui
kewujudan mereka, mereka tidak dapat menjual kepada pengguna. Iklan yang
berkesan dan iklan yang sentiasa berulang membantu pengguna menjadi serasi
dengan penjual. Pengguna akan mula merasa serasi dengan jenama tersebut kerana
terbiasa mendengar jenama serta mampu mengingati jenama dengan sendirinya.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Pengeliruan
iklan berlaku apabila sesebuah syarikat atau seseorang penjual gagal untuk
menyampaikan maklumat sebenar mengenai produk mereka. Di Malaysia,
undang-undang mengenai keluaran iklan telah diwujudkan iaitu Kod Amalan
Periklanan Malaysia bagi mengelakkan sesuatu iklan itu disalahgunakan. Namun
begitu, masih terdapat syarikat dan penjual mengeluarkan iklan yang
mengelirukan serta memberi maklumat yang tidak benar bagi menarik perhatian
pelanggan mereka. Tindakan ini adalah tidak beretika kerana ada unsur penipuan
serta melanggar undang-undang Kod Amalan Periklanan Malaysia.

Iklan
yang mengelirukan berlaku apabila pelanggan menghadapi iklan yang mewakili idea
palsu tentang sesuatu produk. Iklan mengelirukan ini termasuklah kategori iklan
yang berlebih-lebihan iaitu mengadakan sesuatu yang biasa itu menjadi luar
biasa atau yang tidak ada menjadi ada. Selain itu, menyatakan perkara yang
tidak realistik mengenai sifat produk, menggunakan konsep professional untuk
mendapat kesan yang baik walaupun produk tersebut tidak mempunyai sifat
professional seperti yang dinyatakan, menunjukkan lesen palsu, memberi waranti
palsu, menggunakan helah sinematik dan kekeliruan visual serta tawaran dan
promosi harga rendah.

 Terdapat beberapa kajian kes mengenai
kekeliruan iklan telah dilakukan oleh negara luar dan negara Malaysia sendiri.
Antaranya ialah mengenai kekeliruan iklan dalam penerbangan tambang murah. Kajian
yang telah dilakukan oleh pihak Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia
(PERKEM) mengenai isu penerbangan tambang murah ini terhasil apabila mendapat
rungutan dari pelanggan kerana harga yang ditawarkan tidak sama dengan harga
sebenar. Iklan telah menawarkan harga murah tanpa caj dan cukai tambahan di
mana menurut Seksyen 14A Akta Perihal Dagangan 1972 (Akta 87), ianya wajib
dinyatakan. Antara dua syarikat penerbangan yang sering melakukan kekeliruan
iklan adalah syarikat penerbangan Air Asia Berhad dan Syarikat Penerbangan
Malaysia (MAS). Kajian menyatakan bahawa perjanjian yang dinyatakan oleh Air
Asia iaitu “Tiada yuran pengurusan & caj bahan api” dan MAS pula menyatakan
“All-inclusive What You See is What You Pay” menjadikan pelanggan rasa
terkeliru dengan tawaran-tawaran iklan tersebut. Perjanjian ini menyebabkan
pelanggan rasa teruja dan merasa kerugian apabila membeli tiket berbeza dengan
harga yang ditawarkan dan lebih mahal. Apabila pengguna percaya dan iklan
dipaparkan benar namun hakikatnya palsu, pengguna boleh menjadi
“dirugikan” (Attas, 1999). Lebih kurang 55.4%
pelanggan berpendapat iklan penerbangan mengelirukan dan 81.4% pelanggan
bersetuju membayar lebih daripada harga yang telah ditawarkan dalam iklan
(Kamal Halili Hassan dan Shuhaida Che Musa, 2010).