Pada efektif dan produktiviti tinggi(Dan & Abad, 2015). Ini

Pada zaman moden ini, pembangunan
dan perkembangan dalam berbagai disiplin ilmu memerlukan pembaharuan seiring
dengan perubahan dunia. Dalam bidang pendidikan, perubahan ini telah dimasukkan
dan diubah mengikut perkembangan dan keperluan sistem pendidikan abad ke 21.
Dalam sistem pembelajaran dan pengajaran pada abad ke-21, para guru perlu berusaha
untuk menyediakan murid dalam berbagai ilmu pelajaran. Malahan, para guru harus
menerap berbagai kemahiran seperti aspek literasi era digital, pemikiran
kritis, kreatif dan inovatif, komunikasi berkesan serta kerohanian perlu
dititikberatkan(Dan & Abad, 2015).

Oleh yang
demikian, murid sekolah perlu diserapkan dengan kemahiran-kemahiran yang
diperlukan dengan melakukan pengubahsuaian dan penambahbaikan dalam pendekatan
pengajaran dan pembelajaran dalam menyediakan murid yang berkemahiran abad ke-21.
Ini kerana, mereka akan menempuh cabaran-cabaran yang memerlukan daya pemikiran
yang tinggi. Dalam aspek pembelajaran yang bercirikan pemikiran kritikal,
penyelesaian masalah, kemahiran metakognitif, literasi era digital, pemikiran
inventif, komunikasi efektif dan produktiviti tinggi(Dan & Abad, 2015). Ini semua adalah
agenda-agenda dalam cabaran abad ke-21 yang perlu diterapkan dalam sistem
pendidikan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Mata pelajaran
Matematik merupakan satu mata pelajaran yang memberi satu pengajaran dalam
menyelesaikan berbagai masalah dalam kehidupan. Kebolehan untuk menyelesaikan
masalah memberi banyak kepentingan dalam kehidupan manusia dan individu(Watt,
2005). Kemahiran merupakan satu entiti yang membolehkan manusia mencapai
kejayaan dalam kehidupan. Namun demikian, kemahiran ini akan tercapai dalam
mengatasai segala cabaran adalah dengan kemampuan mengatasi menyelesaikan suatu
masalah. Hal ini kerana masalah merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia
dan masalah ini senantiasa akan berubah mengikut keadaan. Namun demikian
penguasaan kemahiran ini memerlukan satu perubahan dalam diri murid untuk
mempelajari mata pelajaran ini. Penerapan sifat Matematik dalam sanubari murid
bergantung kepada sikap dan minat murid tersebut terhadap matapelajaran ini.
Perubahan ini sangat mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran Matematik dalam
bilik darjah. Memang kita mendengar keluhan-keluhan daripada berbagai pihak
tentang kesukaran dan penguasaan Matematik dalam negara ini (Kamel, 2002). Ramai murid
beranggapan bahawa mata pelajaran Matematik adalah sukar untuk dikuasai.
Sehubungan dengan itu, bukan semua murid dapat menguasai mata pelajaran ini dan
mendapat pencapaian yang membanggakan, tetapi terdapat segolongan murid yang
terus mengalami keciciran walaupun berdepan dengan tajuk-tajuk yang mudah.
Menurut Sabri Ahmad (2006) pembelajaran dapat dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu pembelajaran bagi memproses maklumat dan pembelajaran bagi menggunakan
pengalaman yang telah dikuasai dan tersimpan di dalam ingatan.

Sehubungan
dengan itu, Kementerian Pendidikan 
Malaysia(KPM) telah melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025. Melalui pelan ini, KPM telah menggubal
satu kurikulum yang baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah(KSSM) dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) (KPM, 2012). Kedua-dua kurikulum
ini merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 selaras dengan
hasrat KPM dalam mentransformasikan pendidikan melalui PPPM. Tambahan
lagi,  kurikulum baru ini telah dirangka
mengikut standard antarabangsa dalam melahirkan masyarakat murid yang keluar
daripada sistem persekolahan negara akan memiliki suatu kemahiran yang menjadi
satu keperluan dan kemestian untuk bersaing di peringkat global. Kurikulum ini
merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid. Selain itu, ia juga
memberi penekanan kepada aplikasi pengetahuan, perkembangan pemikiran kritis,
kreatif dan inovatif(Noor Erma Abu & Eu, 2014). Ini akan membantu murid
terlibat dalam aktiviti sukan dan kurikulum dengan lebih berkesan.

Memahiri operasi
asas seperti tambah, tolak, darab, dan bahagi adalah amat penting dalam mata
pelajaran Matematik kerana ia merupakan asas kepada segala perkiraan yang bakal
dilakukan oleh murid disepanjang persekolahan mereka kelak. Kini kerajaan telah
menyelitkan soalan berbentuk kemahiran berfikir aras tnggi (KBAT) atau ‘HOTS’ (higher order thinking skill question)
dalam setiap peringkat peperiksaan. Penerapan pemikiran aras tinggi dalam
pengajaran Matematik sangat perlu kerana guru mempunyai kebolehan untuk
mengurangkan kekeliruan dan meningkatkan minat murid terhadap tugasan yang
diberi.

Pengaruh
sikap dan motivasi dalam pencapaian murid terhadap mata pelajaran berkait rapat
dengan prestasi murid secara keseluruhan dan peningkatan pencapaian murid
sepanjang hayat.

 

1.1           
Latar Belakang Kajian

Penyelidik menggunakan rekabentuk kajian
korelasi dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Penyelidik memilih Sekolah
Kebangsaan Parit Hj Aman sebagai kawasan kajian. Pencapaian Matematik di
sekolah ini berada pada tahap yang kurang memuaskan. Rata-rata murid-murid
sekolah ini berasal daripada keluarga petani. Kemiskinan telah membawa kepada
perubahan sikap dan motivasi belajar. Oleh yang demikian kajian ini telah
meneliti hubungan sikap dan motivasi dengan pencapaian mata pelajaran Matematik
dalam kalangan murid sekolah rendah.

Matematik merupakan mata pelajaran
yang perlu diambil oleh para murid sekolah rendah. Pada peringkat sekolah
rendah, para murid tidak ada kebebasan untuk memilih mata pelajaran. Oleh yang
demikian, murid terpaksa mengambil mata pelajaran tanpa pilihan sebagai syarat
utama yang perlu dibelajari. Apabila mata pelajaran Matematik menjadi mata
pelajaran wajib diambil, tidak ada pilhan kepada murid untuk belajar. Perubahan
terhadap sikap dalam pembelajaran mata pelajaran ini semakin kurang dan tidak
bermotivasi menyebabkan pencapaian yang rendah. Tidak dapat dinafikan
pencapaian yang yang rendah ini adalah akibat daripada kurangnya pendedahan
dalam operasi-operasi asas Matematik.

Murid-murid mempunyai tanggapan yang
negatif terhadap mata pelajaran Matematik kerana sikap terhadap mata pelajaran
ini dan motivasi. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian
terhadap mata pelajaran Matematik. Pada tanggapan mereka, Matematik ialah satu
mata pelajaran yang sukar untuk lulus. Matematik merupakan satu mata pelajaran
yang menakutkan mereka.

Murid-murid selalunya kurang
motivasi dalam mata pelajaran Matematik adalah kerana tidak faham akan konsep
asas. Pada dasarnya, murid-murid tidak memahami konsep asas dan menyebabkan
mereka tidak dapat meneruskan dengan topik-topik yang seterusnya. Mereka kurang
mempunyai kecekapan dalam mata pelajaran ini. Pencapaian murid sekolah rendah
dalam mata pelajaran Matematik semakin hari semakin menurun. Matematik
merupakan mata pelajaran teras dalam pendidikan sekolah rendah dan sekolah
menengah. Ia diuji di dalam peperiksaaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR),
Penilaian Tingkatan 3(PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).

Kementerian Pendidikan Malaysia
telah menggubal PPPM dengan memperkenalkan kurikulum baru iaitu KSSR dan KSSM
yang lebih menekankan kepada pembelajaran yang bersifat holitik. Murid sekolah
akan didedahkan dengan soalan-soalan yang bercirikan KBAT. Kohort pertama
kumpulan murid yang menduduki UPSR ialah pada tahun 2017. Keputusan Matematik
dalam UPSR telah menunjukkan penurunan yang begitu drastik.

Pembelajaran mata pelajaran
Matematik adalah bersifat agregat di mana setiap kejayaan yang dicapai adalah
bergantung antara satu sama lain dan besifat kompleks. Kemajuan negara sangat
bergantung kepada pencapaian dalam mata pelajaran ini kerana ia berkait rapat
dengan perkembangan ekonomi negara. Pembelajaran Matematik adalah sesuatu yang
sukar, mencabar dan kompleks yang dihadapi oleh pelajar sekolah rendah dan
menengah.

Para penyelidik di Malaysia mula
mencari jawapan untuk mengatasi masalah pencapaian mata pelajaran Matematik.
Perkembangan ini adalah susulan daripada pencapaian yang rendah para pelajar
yang menduduki ujian antarabangsa yang dikelola oleh badan antarabangsa. Laporan
prestasi pencapaian Matematik dalam Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa
(TIMSS) telah menurun daripada tahun 1999 hingga 2011 kecuali tahun 2015 telah
menunjukkan peningkatan sebanyak 25 mata atau 5.68%. Malaysia juga terlibat
Program Penilaian Murid Antarabangsa(PISA). Pada tahun 2009, Malaysia berada di
kelompok sepertiga di bawah 74 buah negara peserta yang terlibat. Manakala pada
tahun 2012, kedudukan Malaysia dalam pencapaian literasi Matematik ialah 57.
Pencapaian ini dikatakan antara yang paling rendah berbanding dengan purata
antarabangsa dan negara-negara Pertubuhan Kerjasam Ekonomi dan Pembangunan
(OECD)(Siraj,
Ibrahim, & Rajendran, 2000). Keputusan murid berada pada
tahap yang kurang membanggakan. Ini adalah disebabkan perubahan sikap akibat
daripada tahap kesukaran yang mereka lalui semasa proses pembelajaran.
Perubahan sikap ini akan menyebabkan murid kurang bermotivasi untuk mendalami
mata pelajaran ini. Pencapaian dilihat sebagai pembolehubah motivasi yang
keinginan untuk mencapai kecemerlangan (Phares., 1976).

Perkembangan dalam Matematik
biasanya selari dengan perkembangan manusia. Ia bukan hanya penting dalam
kehidupan seharian kita malah dilihat sebagai satu alat komunikasi dan kesenian (Sabri Ahmad, 2006).

1.2           
Penyataan Masalah

Masalah pencapaian Matematik perlu dikaji
dengan teliti dan harus diberi perhatian. Penurunan peratus kelulusan Matematik
dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) telah memberi satu
tamparan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Penurunan ini telah merumuskan
bahawa wujudnya  kelemahan dalam mata
pelajaran Matematik ini. Jika kelemahan ini tidak diatasi, negara akan
mengalami kemunduran dalam mendapat kemahiran untuk menyelesaikan masalah.
Kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam Matematik akan memberi kesan kepada
murid untuk melanjutkan pelajaran.

 

1.3           
Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mencari hubungan
antara sikap dan motivasi terhadap pencapaian mata pelajaran Matematik sekolah
rendah. Secara khusus, objektif kajian ini ialah

1.3.1              
Mengenalpasti
tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik

1.3.2              
Mengenalpasti
sikap murid terhadap mata pelajaran Matematik

1.3.3              
Mengenalpasti
hubungan sikap dengan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik.

1.3.4              
Mengenalpasti
hubungan motivasi dengan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik

1.4           
Persoalan Kajian

Kajian ini menjawab empat persoalan kajian yang
dibentuk berdasarkan objektif kajian utama. Persoalan kajian adalah seperti
berikut:

1.4.1              
Apakah
tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik

1.4.2              
Apakah
sikap murid terhadap mata pelajaran Matematik

1.4.3              
Apakah
hubungan sikap murid dengan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik

1.4.4              
Apakah
hubungan motivasi dengan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik.

 

1.5           
Hipotesis Kajian

Sebanyak tiga hipotesis kajian telah dibina
untuk mencapai tujuan kajian. Terdapat hubungan antara sikap dan motivasi
terhadap pencapaian Matematik. Hipotesis penyelidikan adalah

1.5.1              
Tidak
ada hubungan signifikan antara sikap dengan pencapaian mata pelajaran
Matematik.

1.5.2              
Tidak
ada hubungan signifikan antara motivasi dengan pencapaian mata pelajaran
Matematik.

 

1.6           
Kepentingan Kajian

Memandangkan motivasi bukan sahaja penting
untuk menilai murid daripada sudut sahsiah malahan ia juga penting untuk
meningkatkan prestasi murid. Ini akan memberi kesan kepada perubahan dalam
pencapaian markah murid. Kajian ini penting untuk guru-guru mengambil langkah
yang proaktif bagi meningkatkan pencapaian murid yang kurang motivasi. Para
guru juga boleh mengambil hasil dapatan kajian ini untuk mengenalpasti perubahan
tingkahlaku murid yang menjurus perubahan sikap mereka untuk belajar terhadap
mata pelajaran Matematik.

Penyelidikan yang dijalankan ini
dapat memberi manfaat kepada guru sekolah untuk mencungkil bakat dan nilai yang
terpendam dalam diri para murid. Hasil kajian ini diharap dapat:

i.              
Digunakan
dalam meneroka dan memperbaiki serta memantapkan lagi kurikulum yang terlalu
menekankan prestasi sahaja tanpa mengutamakan nilai.

ii.             
Memberi
kesedaran kepada para guru untuk memberi keutamaan kepada nilai motivasi yang
dapat memberi perubahan yang kekal dalam diri para murid.

iii.           
Mengenalpasti
masalah motivasi yang terdapat dikalangan murid sekolah rendah dalam mata
pelajaran Matematik.

iv.           
Mengenalpasti
perubahan tingkahlaku murid yang menjurus perubahan sikap mereka terhadap mata
pelajaran Matematik.

v.             
Kementerian
Pelajaran Malaysia akan dapat penilaian berterusan terhadap aspek kurikulum dan
pedagogi dalam usaha mengubah persepsi murid terhadap mata pelajaran Matematik.

vi.           
Kementerian
Pelajaran Malaysia juga harus menggaris satu tatacara kerja kepada para guru
dalam usaha mempertingkatkan kaedah pembelajaran dalam usaha meningkatkan
motivasi dan sikap terhadap mata pelajaran ini.

     

1.7           
Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan disebuah sekolah di
daerah Kerian, Perak. Kajian ini menumpu kepada murid-murid tahun 4,5 dan 6.
Persampelan kajian terdiri daripada 90 orang murid. Kajian ini menganalisis
tentang hubungan sikap dan motivasi terhadap pencapaian mata pelajaran
Matematik. Mereka dikehendaki menjawab soal selidik yang disediakan oleh
penyelidik.

Dalam kajian ini, terdapat batasan
kajian daripada segi masa yang mana pengkaji perlu mencari masa yang sesuai
untuk mengedarkan soal selidik. Sampel kajian terdiri murid-murid yang
mempunyai berbagai tahap daya pemikiran. Oleh yang demikian, pengkaji telah
membaca dan menerangkan soalan-soalan dalam soal selidik. Pembaziran masa tidak
dapat dielakkan dalam hal ini.

 

1.8           
Definisi Istilah

1.8.1              
Sikap

1.8.2              
Motivasi

 

Motivasi merupakan satu kuasa yang menjana dan
mengarahkan sesuatu tingkahlaku. Konsep motivasi diterangkan sebagai satu usaha
untuk memenuhi kehendak atau keperluan individu. Motivasi dikatakan suatu reka
bentuk yang memenuhi aspek sosial, seksual, artistic dan keselamatan (Tan, et al.,
2003).
Santrock (2004) pula mengatakan bahawa motivasi merupakan satu proses untuk
menjana, mengarah dan mengekalkan tingkah laku

Menurut Schunk (2008), motivasi
merupakan suatu proses yang memerlukan satu jangka masa tertentu untuk melihat
perubahan. Ini adalah kerana, proses motivasi mengambil masa yang lama dan
tidak boleh membuat satu andaian tentang hasil yang secara mendadak. Proses
motivasi ini berlaku hasil daripada pengalaman yang dilalui. Pengalaman akan
menjadikan satu proses yang melibatkan mental dan fizikal. Proses motivasi
sangat diperlukan untuk memperolehi hasil yang dikehendaki. Motivasi datang
daripada respon seseorang dalam mengatasi masalah. Kegagalan mengatasi masalah
akan memberi kesan kepada pencapaian seseorang murid. Motivasi boleh
mempengaruhi seseorang mempelajari perkara baru dan bagaimana perkara baru ini
boleh mempengaruhi dalam tingkah laku mereka dalam proses pembelajaran mereka. Perubahan
ini mendorong murid menggunakan strategi dan pendekatan dalam usaha mengubah
tingkah laku mereka.

Dalam proses pembelajaran, motivasi
merupakan satu unsur yang penting dalam usaha murid mencapai kejayaan dan kecemerlangan
dalam pembelajaran. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk meningkatkan motivasi
dalam diri murid. Murid yang kurang mempunyai motivasi akan menunjukkan
perubahan terhadap sikap dalam pembelajaran mata pelajaran Matematik. Guru memainkan
peranan yang penting bagi meningkatkan motivasi murid supaya murid lebih memberi
tumpuan dalam pelajaran. (Suppiah Nachiappan et al., 2008)

1.8.3              
Motivasi Intrinsik

1.8.4              
Motivasi Ekstrinsik

1.8.5              
Mata Pelajaran Matematik

1.8.6              
Pencapaian mata pelajaran

1.9           
Rumusan

Dalam bab ini penyelidik membincangkan tentang
perkara asas yang berkaitan dengan kajian ini. Perkara asas meliputi latar
belakang kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, dan
batasan kajian.